Sunday, 22 May 2016

PROSES KAUNSELING

a

                 Proses membina hubungan
Proses yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina rapo. Dalam peringkat ini peranan kaunselor merupakan aspek yang terpenting kerana klien akan mengukur tahap kebolehpercaayan kaunselor sama ada kaunselor mendengar apa yang diceritakan oleh klien atau sekadar berpura-pura. Reaksi lisan dan bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang besar untuk menimbulkan rasa yakin klien kepada kaunselor dalam mengambil tahu latar belakang serba sediit tentang diri klien.  

Di samping itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pengfokusan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam perjalanan sesi  kaunseling. Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan kaunselor perlulah menjelaskan tujuan kaunseling ini dijalankan agar klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi olehnya.



gambar hiasan
Semasa peringkat ini tanggungjawab seorang kaunselor perlulah mewujudkan suasana yang teraputik dan genuine supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien. Selain itu, kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada diri klien agar klien dapat membuat perkongsian yang sebenar tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya. Oleh itu, semasa membina hubungan dengan klien terdapat beberapa kemahiran yang  digunakan bagi membantu klien menghadapi pemasalahannya dan membantu klien kearah penyelesaian yang klien inginkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam membina hubungan yang  digunakan dengan klien semasa melaksanakan sesi adalah seperti berikut:
                               1.            Kaunselor : Apa khabar saudari hari ini?
                      Klien : Baik...

       2.            Kaunselor : Oh... terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling ini.    Boleh saya tahu nama saudari?
                      Klien : Nama saya Siti Nur Haliza. Saya berasal dari Selangor.


No comments:

Post a Comment