MODUL SESI ICE-BREAKING (PECAH BENDUNGAN)
Rasional Setiap peserta kursus kebanyakannya tidak mengenali antara satu sama lain. Perasaan malu, gugup dan tidak yakin masih menebal dikalangan peserta yang masih saling tidak kenal mengenali. Selepas menjalani aktiviti suaikenal ini diharapkan peserta akan dapat :
1. Mengenali antara satu sama lain sekurang-kurangnya nama .
2. Menghilangkan rasa malu, gugup, takut dan bersedia melakukan aktiviti yang diarahkan oleh fasilitator.
3. Menjalinkan rasa kemesraan di kalangan peserta kursus.
4. Menjalinkan ukhuwwah sesama peserta
ICE-BREAKING (Kumpulan besar)
Tajuk : Kita Serupa
Masa : 15 minit
Objektif :
1. Mewujudkan kemesraan di kalangan peserta.
2. Menghilangkan rasa malu, gugup dan gementar.
3. Menjalinkan persahabatan yang lebih erat.
4. Supaya peserta bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.

1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan mengikut ciri-ciri yang disebutkan oleh fasilitator. - baju serupa - tudung serupa - sama tinggi - sama bilangan adik beradik - sama negeri kelahiran dan lain-lain.
2. Peserta dikehendaki berkumpul mengikut ciri-ciri seperti yang disebutkan.
3. Peserta dikehendaki berkenalan dengan peserta yang berada di kiri dan kanan mereka.
Falsafah :
1. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan
2. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan individu lain
3. Walaupun berbeza, individu itu mampu membentuk rasa ukhuwah diantara mereka
4. Setiap individu perlu menanam sikap ikhlas, kasih & saling hormat menghormati
MY DREAM TEAM
Masa : 120 minit
Alatan : P.A. System, kain putih, pen marker.
Objektif :
1. Kumpulan dapat membina imej dan pengenalan kumpulan.
2. Para peserta dapat membina hubungan sesama ahli kumpulan

1. Setiap kumpulan hendaklah membina bendera dan moto kumpulan.
2. Setiap kumpulan juga hendaklah membina tepukan semangat mengikut kumpulan.
Falsafah :
1. Membina semangat berpasukan.
2. Hidup hendaklah secara berpasukan dan berjemaah.
3. Kesepaduan ahli membawa kekuatan jemaah.
PENGHAYATAN MALAM AKTIVITI (I) : SOLO KEM
Masa : 45 minit
Alatan : Kain pengikat
Objektif :
1. Membina semangat keberanian.
2. Menanam keyakinan dan tawakkal kepada Allah.
3. Mengakui kebesaran Allah melalui penghayatan malam.
Prosedur :
1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2. Penerangan tentang langkah keselamatan, bekerjasama dalam kumpulan dan patuh pada arahan ketua setiap masa.
3. Semua mata peserta ditutup dengan kain.
4. Setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang jurulatih ke tempat / kawasan nightwalk.
5. Jurulatih akan membawa kumpulan berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.
6. Semasa berjalan-jalan, jurulatih lain akan menarik seorang demi seorang peserta dari belakang dan membawanya ke suatu tempat tertentu dan meninggalkannya keseorangan di situ dalam tempoh 20-30 minit.
7. Jurulatih akan menguji peserta dengan gangguan yang sengaja dibuat.
Falsafah :
1. Yakin dengan keberanian diri.
2. Bertawakal kepada Allah.
No comments:
Post a Comment