Friday, 20 May 2016

apakah itu kerjaya




Definisi Kerjaya :


Maklumat kerjaya didefinisikan sebagai data-data yang sah dan berguna mengenai sesuatu pekerjaan, kerja-kerja yang dilakukan termasuk senarai tugas, keperluan-keperluan untuk mendapatkan pekerjaan, kondisi-kondisi kerja, ganjaran, corak peningkatan, penawaran dan permintaan pekerjaan sekarang dan pada masa akan datang dan sumber-sumber untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya.

Kepentingan Maklumat Kerjaya :


Menolong individu menambah perbendahaaan kata yang berkaitan dengan nama-nama pekerjaan serta maklumat lain yang berkaintan dengan pekerjaan.


Membantu individu memperkembangkan pengetahuan mereka mengenai potensi diri atau kekuatan dan kelemahan diri serta hubungannya denban sesuatu pekerjaan.


Untuk membimbing individu di dalam membuat perancangan yang efektif di dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.





Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar.



Menyedarkan individu mengenai pentingnya perubahan di dalam bidang pendidikan dan pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa.




 Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan menghargai kemuliaan sesuatu bidang pekerjaan.



No comments:

Post a Comment