Sunday, 22 May 2016

PROSES KAUNSELING

a

                 Proses membina hubungan
Proses yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina rapo. Dalam peringkat ini peranan kaunselor merupakan aspek yang terpenting kerana klien akan mengukur tahap kebolehpercaayan kaunselor sama ada kaunselor mendengar apa yang diceritakan oleh klien atau sekadar berpura-pura. Reaksi lisan dan bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang besar untuk menimbulkan rasa yakin klien kepada kaunselor dalam mengambil tahu latar belakang serba sediit tentang diri klien.  

Di samping itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pengfokusan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam perjalanan sesi  kaunseling. Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan kaunselor perlulah menjelaskan tujuan kaunseling ini dijalankan agar klien dapat menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi olehnya.



gambar hiasan
Semasa peringkat ini tanggungjawab seorang kaunselor perlulah mewujudkan suasana yang teraputik dan genuine supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien. Selain itu, kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada diri klien agar klien dapat membuat perkongsian yang sebenar tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya. Oleh itu, semasa membina hubungan dengan klien terdapat beberapa kemahiran yang  digunakan bagi membantu klien menghadapi pemasalahannya dan membantu klien kearah penyelesaian yang klien inginkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam membina hubungan yang  digunakan dengan klien semasa melaksanakan sesi adalah seperti berikut:
                               1.            Kaunselor : Apa khabar saudari hari ini?
                      Klien : Baik...

       2.            Kaunselor : Oh... terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling ini.    Boleh saya tahu nama saudari?
                      Klien : Nama saya Siti Nur Haliza. Saya berasal dari Selangor.


Friday, 20 May 2016

MAKLUMAT PRA PEKERJAAN

Maklumat Diri

Maklumat mengenai diri termasuklah maklumat yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, pencapaian akademik, personaliti diri, minat kerjaya, nilai pekerjaan, konsep kendiri, sikap dan motivasi diri.




Maklumat Kerjaya

Maklumat mengenai kerjaya ini pula mencakupi maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis latihan, tempat mendapatkan latihan, keperluan kelayakan akademik, cara menghadapi temuduga, cara menulis resume, cara memohon kerja, jenis-jenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang pekerjaan dan prospek kerja di masa depan. Semua maklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan individu membuat keputusan akhir mengenai sesuatu pekerjaan.


apakah itu kerjaya




Definisi Kerjaya :


Maklumat kerjaya didefinisikan sebagai data-data yang sah dan berguna mengenai sesuatu pekerjaan, kerja-kerja yang dilakukan termasuk senarai tugas, keperluan-keperluan untuk mendapatkan pekerjaan, kondisi-kondisi kerja, ganjaran, corak peningkatan, penawaran dan permintaan pekerjaan sekarang dan pada masa akan datang dan sumber-sumber untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya.

Kepentingan Maklumat Kerjaya :


Menolong individu menambah perbendahaaan kata yang berkaitan dengan nama-nama pekerjaan serta maklumat lain yang berkaintan dengan pekerjaan.


Membantu individu memperkembangkan pengetahuan mereka mengenai potensi diri atau kekuatan dan kelemahan diri serta hubungannya denban sesuatu pekerjaan.


Untuk membimbing individu di dalam membuat perancangan yang efektif di dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.





Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar.



Menyedarkan individu mengenai pentingnya perubahan di dalam bidang pendidikan dan pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa.




 Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan menghargai kemuliaan sesuatu bidang pekerjaan.



Saturday, 7 May 2016

baktisiswa


baktisiswa bersama dengan komuniti keluarga angkat.

TEMA “ERATKAN UKHWAH, JALINKAN KEMESRAAN” 

OBJEKTIF 

1 Mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan di kalangan pelajar terutama untuk melaksanakan sesuatu program (LS) 

2 Beri kesedaran dan pemahaman kepada golongan intelek terhadap peranan dan tanggungjawab dalam mencapai pembangunan modal insan (EM) 

3 Menggerakan jentera/tenaga muda (pelajar) sebagai pemangkin kepada perubahan sosial (TS)

jenis personaliti

sebelum memilih kerjaya, anda semua perlulah mengetahui jenis-jenis personaliti yang terdapat dalam diri anda terlebih dahulu. mari kita lihat gambar diatas :)