nana isabella ^^
Saturday, 26 January 2019
PRE KONVOKESYEN LIYANA
Assalamualaikum, ya memang lama sgt sgt tak update blog nihh. hahaha
ada yg rindu ke ? takkan huhuu
maklumlah sibuk mengalahkan menteri, tak dan nk buka blog.
yeahhh, utk pengetahuan u'ols i dahh pun selamat berkonvo 3bulan lepas.
kat bawah ni i show up la sikit beberapa gambar pre-konvo.
sebenarnya bangga tau bila dapat sarung jubah konvo nihh.
perasaan dia mcm hmm berjaya menakluki bumi hahahha (gurau2)
yee la. belajar susah ii, lama tau 4 tahun tuu, jatuh bangun sendiri,
jauh dari dadi n mak.
senang kata mcm sebatang kara la kt UPSI.
tapi nasib ada kawan ii untuk menghiburkan hati nihh,
sebab mcm ii jenis kawan kita akan jumpa masa zaman study. tapi
tak kesah la kawan tu mcm mana yg penting kita pandai dan boleh bawa urus diri sendiri.
apa ii pun niat asal kita datang belajar tu jgn lupa la. itu la sebenarnya pegangan kita bila
jauh dari keluarga.
bukan apa, mereka semua letak kepercayaan yg tinggi pada kita,
so kita kenalah buktikan yg kita boleh BERJAYA,
kita mampu untuk menapak kearah kejayaan dgn sempurna seperti yg mereka harapkan.
#TadomHill
#skyTowerMalacca
#pintu gerbang UPSI
#inilah istana kayangan
kena ingat juga,
bukan senang nk berjaya. sebab banyak cabarannya yg kena ditempuhi.
apa ii pun nak seribu daya tak hendak seribu dalih.
banyak lagi coretan sebenarnya tapi takpe, nantikan kemunculan seterusnya okayyy
LOT OF LOVE
-LIYANA AZHARI-
teater for Japan Language ^^
HAJIMEMASHITE
WATASHI WA NANA DESU
WATASHI WA SELANGOR NO BANTING KARA KIMASHITA
WATASHI WA NI JYUU GO SAI DESU
WATASHI WA UPSI NO GAKUSEI DESU
DOUZO YUROSIKU ONIGAISHIMASE
-LIYANA AZHARI-
Wednesday, 30 August 2017
to mydear "Z" part iii
Bimbingan
Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada individu yang bertujuan untuk mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap sesuatu di persekitarannya. Begitu juga antara terma kaunseling dan bimbingan juga sering digandingkan bersama apabila menyentuh isu-isu yang berkaitan seperti menurut Failor dalam Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan dan kaunseling itu merupakan khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri dan penerimaan dirinya, memahami dirinya dari segi ekonomi buat masa kini dan perencanaan masa depannya, serta menyesuaikan pula kedua-dua pembolehubah pemilihannya itu mengikut kepuasan dan keberkesanan dirinya.
to mydear "Z" part ii
Psikoterapi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, psikoterapi membawa maksud rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi. Menurut Kamus Yahoo: Education, psikoterapi adalah “The treatment of mental and emotional disorders through the use of psychological techniques designed to encourage communication of conflicts and insight into problems, with the goal being relief of symptoms, changes in behavior leading to improved social and vocational functioning, and personality growth”.
Mahmood Nazar Mohamed (2001), menyatakan kaedah terapi jiwa atau lebih dikenali dengan nama psikoterapi membawa erti rawatan kecelaruan jiwa dan tingkah laku menggunakan kaedah psikologi. Altrocchi (1980) dalam Ab Alim Abdul Rahim (1994) menyatakan psikoterapi merupakan proses seseorang atau beberapa orang profesional kesihatan mental membantu seseorang atau lebih individu yang mengalami kesukaran psikologi dalam hidupnya.
bila melakukan perkara yang abnormal. kemungkinan memerlukan rawatan.
gambar hiasan
to my dear "Z" part i
Kaunseling
Rickey & Therese (1995) menjelaskan definisi kaunseling sebagai “a profesional relationship between a trained counselor and a client. This relationship is usually person-to-person, although it may sometimes involve more than two people. It is designed to help clients to understand and clarify their views of their lifespan, and to learn to reach their self-determined goals through meaningful, well-informed choices and through resolution of problems of an emotional or interpersonal nature”
Shertzer dan Stone (1974) dalam Abdul Ghani Sulaiman (2003) menegaskan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu ini memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambilnya untuk masa depannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)